Isnin, 7 Jun 2010

PERJALANAN INTERVIEW KU 07/06/2010...


Kali nie interview yg kedua ku.. pelik result interview pertama pun lum kuar ag dah panggil interview yg kedua.. tp xpe.. interview kedua aku nie nmpk keyakinan aku kali nie berbanding yg pertama... ku bgn awal pg lagi maklum umah dgn tmpt interview agak jauh... jam 6.22 pg enset ku berbunyi masuk msg dr Hanisah Anis yg memberi semangat n ucapkan gud luck kpd ku... otw ke tmpt interview dlm kereta terdengar lagu GEMURUH lak.. lagi bertambah semangat aku... sampai di akademi kastam jam 7.40 pg... aku duk relax je... huhu... tunggu punya tunggu jam dekat kul 9 pg... kata kul 8 pg mula tp x dtg2 ag yg nk interview nyer tu... isyh2... angin aku... kul 9.15 baru lah muncul... aku org first... masuk bilik kul 9.30 kuar jam 10 pg... setgh jam tu... byk tul dy tanyer aku... nasib aku dah sedia... pe2 pun aku puas hati lah interview kali nie coz aku lebih yakin.... INSYAALLAH... lau de rezeki dpt lah tu t....

Sabtu, 5 Jun 2010

MIM-PI


Adakah itu benar...?? aku xsangka akan mimpi begitu... segala tentang mu telah berubah pe yg ku mimpi malam tadi... sikap mu, peribadi mu sungguh mengecewakan.... orang kata mimpi mainan tidur.. tp pe yg ku harapkan semua yg ku mimpi kan malam tadi tidak benar sekali... YA ALLAH ku pohon jauhi lah dari segala yang tidak diingini.....

HATI SEORANG LELAKI..!!


Pernah satu ketika dahulu aku begitu mengharapkan sebuah percintaan yang sejujurnya dari seorang insan bergelar hawa. Mungkin kerana diri yang begitu yakin akan menemui impian ku itu, aku tidak pernah terfikir untuk gagal dalam cinta. Mana bisa kecundang…aku seorang yang amat baik hati, suka membantu, suka memberi hadiah, penyayang, begitu mengambil berat kepada dia yang aku sayangi… merindu adalah satu sifat ku…dan akan ku kejar cinta itu selama-lamanya.

Bagi hati lelaki ku ini, pendirian ku adalah pendirian hawa jua. Jika aku jujur, ikhlas menyayanginya, sudah pasti dia begitu. Sememangnya sehingga kini aku masih berpendapat begitu. Mengapa harus curang sekiranya lelaki ini begitu baik, begitu sayangkannya…

Tetapi seperti ramai yang mengenali diri ini, sesungguhnya aku selalu gagal, malah gagal dan gagal lagi. Namun, dalam masa yang sama aku juga pernah mengecapi rasa dicintai, disayangi, dirindui sebagaimana aku jua mencurahkan segala-gala rasa ku kepada hawa. Lalu, aku tidak pernah mahu putus asa untuk terus memburu cinta yang kuidamkan.

Apa aku bisa menggapainya?...aku sendiri tidak pernah tahu.

Apakah dengan lagak ku yang perkasa, aku tidak bisa terkecewa? Apakah langkah tegap ku maka aku bisa menerowong gunung? Apakah dengan ayat-ayat cinta, tutur yang berbisa, suara yang lunak maka aku bagai Malaikat yang terbang dengan beribu-ribu sayap di badannya?

Kekecewaan dalam percintaan ku sudah bagai madu dan racun, manis dan kelat. Ya! Aku juga sama seperti hawa. Mungkin aku kelihatan begitu tabah, aku mungkin tampak segak bergaya dan bagai berani merempuh gelung api yang sentiasa cuba menyambar ku, menyelubungi rentak tari ku…tetapi jauh di sudut hati lelaki ku ini…aku juga lemah, aku juga pernah tersandung ke tanah, menangis seperti anak kecil yang hilang ibu dan ayah…

Aku bisa berkata, jangan itu dan ini, aku juga menjadi penunjuk cara itu dan ini…namun, ianya cukup mudah untuk dilafazkan, teramat perit untuk dilaksanakan…tapi, bukankah sudah tiada jalan lain melainkan menempuh kesukaran itu untuk berjaya mengecapi cinta yang didamba? Sebagai seorang lelaki…aku akur dengan hawa yang selalu mengatakan, “Susah, susah, susah!”…aku akur kerana aku juga memahami apa yang mereka rasa, kerana hati lelaki ku jua merasa seperti apa yang mereka rasa…Walau aku begitu ingin melihat ramai diantara mereka yang mencari kepastian dari ku, agar berjaya di akhirnya.

Tapi apakan daya ku, jika mereka sendiri mahu mengalah sebelum bertarung. Aku hanya dapat berdoa,

“Ya Allah ya Tuhan ku…limpahkanlah kurnia mu agar semua hawa di dunia ini akan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat…Amin!”


BeRhEnTi MeRiNdUiMu....

Atas nama cinta aku tidak berani bersumpah untuk segalanya.Apa yang aku tanggung ini pun sudah amat membebankan.Namun aku bersyukur pada Tuhan kerana akalku boleh membawa diriku kearah yang benar menerima hakikat ada hikmah di sebalik yang terjadi biarpun dalam parah.

Kadangkala kata-kata tidak memberi erti,kalau banyak berkata ada yang tak mengerti.Aku yang amat menyayangi mu,aku yang ingin selalu mendampingi mu kalah dan pasrah dalam lelah untuk memadamkan semua tentang mu.Hilang kata-kata buat mu,tiada lagi janji untuk aku beri kalau kau tak mengerti.


Aku kah yang berkorban atau kau yang terkorban..tiada sudah jawapan untuk ini lagi.Biapun sudah lama berlalu namun aku tidak dapat lari untuk selalu merinduimu dan sebenarnya aku ingin berhenti dari merindui mu kerana merindui diri mu amat membebankan,menyiksakan.Semuanya tiada dalam fikiran namun semua yg berlaku itu dengan izin Allah.Takpe lah..

Bagai seekor burung terbang bebas,aku pergi dan aku pulang,menimba dan menyusuri cerita kehidupan aku dan manusia sekeliling.satu persatu orang yang aku sayangi pergi dariku untuk selamanya.Kau tahu itulah ujian Allah buat ku,aku terima kerana kata mu,aku di uji kerana aku kuat.Dan di sisa-sisa hidup ku ini kau kini pasti mengerti kenapa aku terus bersendiri dan meminta kau pergi..kerana aku tidak mahu kau lebih merana dan terus tersiksa dengan apa yang aku tanggung dan hadapi,biarpun ajal maut dan jodoh di tangan Tuhan namun aku mahu Tuhan temukan kau dengan yang lebih baik untuk masa yang panjang.

Dan..aku tika sujud pada NYA,tidak pernah lupa bersyukur kerana di temukan dengan mu dan aku mohon maaf jua kerana menoktahkan semua ini.
Akhirkata,Kasih.. kupohon maafkan diriku... aku ingin berhenti merinduimu.

SeTiAkU KoRbANkAn...


Inikah dugaan yang ku terima
Menyintai mu sepenuh jiwa
Untuk bersama mu
Kesabaran membakar fikiran

Rinduku embunan di lautan
Cintamu debunga berterbangan
Tak pernah mempeduli kasih sayang
Yang aku korbankan

Kau janjikan bahagia
Namun kau hantui dengan gurauan berbisa
Kau janjikan setia
Rapuh ku berpegang untuk hidup bersamamu
Kembalilah hangati semula asmaraku dengan mu
Demi cinta suci

Andainya tak mungkin ku miliki
Keayuan kasih impianmu
Lepaskan asmara di jiwaku
Setia ku korbankan

Jumaat, 4 Jun 2010

FALSAFAH CINTA...


:::FALSAFAH CINTA....menyintai seseorang itu adalah perasaan terindah...namum tidak semua cinta itu disambut... adakalanya aty lebur bila cinta yg disangkakan cerah ternyata gelap selamanyer... tp bagi ku menyintai tidak semestinya memiliki... biar lah menyintainya dgn cara ku sendiri.. kerana falsafah ku tentang cinta... adalah... ENGKAU DAN AKU SALAH SATUNYA HARUS BAHAGIA...-ViRuS_XpRo a.k.a RAIZUAL:::

DOA KU UNTUK MU.....

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

MADU ATAU RACUN.??


Apa salah diri ku terhadap diri mu..!! tidak ku sangka diri mu tegah menipu diri ku... walaupun ku jauh dari mu namum jgn ingt ku tidak taw pe yg telah mu laku kan... sampai aty mu.. ku sangka kan diri mu jujur tp kejujuran itu hanya lah topeng mu....!! aku sendiri pun x pernah minta dibalas pe2... ibarat madu dibalas dgn tubah... betapa perit dan sakit nyer hati nie... tp knp mu sangup membuat ku begini... ku hanya berharap diri mu akan taw kesilapan mu itu... semoga Allah membuka pintu hati mu ke jln yg betul... Amin...

TASBIH CINTA KU...!!!


Dirimu kerap ku mimpi.. wajah mu sering ku puja... ku taw diri ku x sempurna wat mu.. ikhlas ku kata katakan pertama kali ku melihat raut wajah mu hati ku mula berputik.. bkn kerna kecantikan mu yg membuat ku teruja.. kerna nafsu jauh lah sekali... keperibadian mu, sifat mu yg mulia itu lah membuat kan ku knl erti cinta.. bg ku diri mu lah kerhormatan ku... terkadang ku menyesal ungkapan yg bermain di pkran ku... semua keinginan mu akan aku laku kan sekuat semampu ku... cuma aku xpernah ungkapkan kata cinta ku kepada mu... KERNA KU TAW DIRI X SEMPURNA...namum hingga kini diri mu dan ku masih tetap kongsi suka dan duka... kegembiraan mu adalah madu bg ku manakala kesedihan mu racun bg ku... kejujuran dan keikhlasan ku tetap ku pertaruhkan.. ku hanya mampu berharap dirimu mengetahui ertinya itu...bila aku tak baik untuk mu dan bila dy bahagia diri mu... AKU KAN PERGI MESKI HATI TAK AKAN RELA....